Matlamat umum : menyediakan tenaga profesional seperti guru,pensyarah, jurulatih dan pentadbir yang cekap dalam bidang Sukan dan Rekreasi bagi menjalankan tugas di institusi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta.
Objektif : mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dan mantap, berdaya saing serta mampu menangani masalah, menjadikan program ini sebagai satu keperluan sepanjang hayat, menguasai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan semua pihak berkepentingan, bertanggungjawab meningkatkan pengetahuan tentang program kepada masyarakat umum, mampu merancang, mengurus dan mengendalikan program serta prasarana sukan dan rekreasi.
SUKAN DAN MASYARAKAT
minggu ini kami diberi tugasan melakukan pembentangan mengenai sukan pada zaman kuno.pelbagai maklumat yang telah diperolehi.
kami mencari maklumat di :
1. PTSL. 2. Internet.
Pensyarah penilai kami ialah Dr.Radzani.
Di sini saya sertakan slide show yang telah dibuat dan perkara yang telah kami perolehi hasil dapatan kami melalui rujukan yang dijalankan.
ASAS SAINTIFIK KEMANUSIAAN MANUSIA
Kami diminta menyediakan satu brosur mengenai aktiviti sukan yang perlu dilakukan oleh golongan warga emas supaya mereka melakukan senaman sepanjang masa bagi mengekalkan sistem badan supaya sentiasa sihat dan cergas.
Oleh itu, saya telah memilih tajuk tentang Hari Kekal Sihat. Aktiviti ini memupuk agar mereka sentiasa bersenam dan berminat untuk bersukan. Objektif latihan ini ialah agar sentiasa melakukan aktiviti sukan sepanjang masa bersama-sama dan mempunyai satu mentor untuk membimbing mereka agar terus kekal berlatih.
Di sini saya lampirkan contoh brosur yang dapat membantu dan menjelaskan tentang aktiviti ini :
aktivit ini sebagai rangka awal yang dibincangkan untuk mempromosikan aktiviti ini dalam kalangan warga emas.